Tuesday, 1 July 2014

Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya.

Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya

Salam sejahtera , disini saya ingin menceritakan tentang kepentingan mematuhi papan tanda jalan raya. sebelum itu , adakah anda tahu apa itu papan tanda jalan raya? Papan tanda ialah sesuatu penunjuk arah yang memaparkan sesuatu iklan atau tanda kepada pengguna - pengguna jalan raya .

 Semua pengguna jalan raya hendaklah sentiasa mematuhi tanda - tanda isyarat yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan terjamin.Penempatan sesuatu papan tanda juga  mestilah mudah dilihat, mudah di fahami, ringkas dan saiz huruf yang sesuai dan simbol yang jelas dan seragam.  


Papan tanda yang disediakan pihak berkuasa bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengetahui arah destinasi yang ingin dituju. Papan tanda arah yang rosak akan menyukarkan seseorang untuk sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Selain itu ,  papan tanda merupakan undang-undang yang di tetapkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk keselamatan rakyat Malaysia terjamin.

Haa sekarang jom kenal papan papan tanda jalan raya.
Disini terdapat beberapa papan tanda yang selalu kita lihat di jalan raya.





berbalik kepada tajuk , kepentingan mematuhi papan tanda jalan raya amat penting bagi kita. 
Seperti yang kita lihat , di Malaysia sekarang ini banyak kemalangan yang berlaku akibat tidak mengikut papan tanda jalan raya. Hari ini , saya ingin menceritakan serba sedikit tentang kepentingan mematuhi papan tanda di jalan raya . Sesungguhnya terdapat faedah yang bakal kita peroleh jika kita bekerjasama , berganding bahu mengubah sikap bersama-sama .

Sebagai rakyat  Malaysia , kita sepatutnya bersyukur kerana kita mempunyai negara yang maju , aman dan damai ini. Kejayaan yang malaysia tempuh menjadikan Malaysia semakin dikenali di persada dunia.Ini merupakan hasil usaha dan kerjasama antara pihak kerajaan dan rakyat bagi mengekalkan suasana aman damai dan harmoni sekali gus mengekalkan kestabilan ekonomi dan politik negara . Kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar dan undang-undang untuk kebaikan rakyat Malaysia dan negara .Antaranya ialah undang undang keselamatan jalan raya .Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memudahkan kerja pihak kerajaan dengan mematuhi pelbagai langkah keselamatan yang telah kerjaan lakukan seperti  mematuhi papan tanda jalan raya . 


Dengan mematuhi papan tanda jalan raya , kita sebagai penguna jalan raya mendapat banyak faedah daripadanya. Antaranya ialah :


// 
Mengelakkan kemalangan berlaku

Seperti yang dikatakan , kemalangan  akan berlaku jika kita tidak mengikut arahan papan tanda jalan raya.  Ini boleh menyebabkan faktor kematian meningkat. Oleh itu kita mestilah mematuhi papan tanda jalan raya kerana ia dapat menyelamatkan banyak nyawa . 


//Mendisiplinkan pengguna

Dengan mematuhi papan tanda jalan raya , ia dapat mendisiplinkan pengguna . Hal ini dapat membuatkan suasana di jalan raya aman damai.Sekiranya pengguna tidak berdisiplin ketika berada di jalan raya, kemungkinan besar akan berlakunya insiden yang tak diingini. Jadi , kepentingan berdisiplin di jalan raya amat penting bagi kita untuk mengurangkan kadar kemalangan dan mengelakkan dari mencederakan orang lain atas perbuatan kita sendiri.

//Mendatangkan kebaikan

Seperti yang anda lihat , pengguna jalan raya akan terasa lebih mudah apabila terdapatnya papan tanda jalan raya yang disediakan oleh JKR (Jambatan Kerja Raya) untuk pengguna jalan raya. Dengan papan tanda tersebut , kita dipermudahkan perjalanan untuk sampai ke destinasi. Selain itu , ia juga sebagai tanda untuk menjaga keselamatan di jalan raya yang licin dan sempit.



//Mengurangkan ,kesesakan lalu lintas

Dengan cara mematuhi papan tanda jalanraya , keadaan di jalanraya tidak akan sesak.Sebagai contoh, apabila suatu lorong tidak dibenarkan masuk, semua jenis kenderaan tidak akan masuk. Apabila masuk,ia akan bertembung dengan kereta lain dan akan menyebabkan kemalangan yang teruk dan membawa kesesakan jalan raya seperti rajah di bawah.





Intihanya, semua pihak perlu bekerjasama membentuk sinergi bak aur dan tebing serta peribahasa isi dan kuku dalam mengubah sikap pemanduan di jalan raya.


Sekian sahaja coretan saya tentang "Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya". Kita sebagai pengguna jalan raya mestilah mematuhi papan tanda jalan raya untuk kebaikan sendiri dan orang lain.Semoga pembaca sekalian mengambil iktibar atas coretan saya.